Negara-negara Asia menyumbang lebih separuh daripada 10 bandar paling sesak di seluruh dunia, dengan Manila di Filipina menduduki tempat teratas pada tahap kesesakan 71%. Kesesakan lalu lintas tidak hanya mengakibatkan penurunan kecekapan bahan api tetapi juga peningkatan tekanan darah. Ia juga boleh menyebabkan tingkah laku menukar lorong melulu dan kelekaan pemandu, dan ia bermakna kemungkinan berlakunya kemalangan yang lebih besar, terutamanya perlanggaran dari arah belakang yang sering melibatkan banyak kenderaan.Walaupun ia adalah mustahil untuk menyingkirkan kesan psikologi akibat kesesakan lalu- lintas kronik, Subaru telah menemui beberapa cara untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kemalangan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesannya.
Duduk untuk jangka masa yang lama dalam kesesakan lalu-lintas, sering mengakibatkan pemanduan yang agresif. Menekan pada pemecut (accelerator) dan cuba memasuki barisan kereta yang tiba-tiba bergerak boleh membahayakan, terutamanya jika kereta di hadapan anda tiba-tiba berhenti semasa anda menambah kelajuan. Sistem Brek Pra-Perlanggaran Subaru EyeSight akan mencelah dalam masa kurang daripada sekelip mata dengan menentukan seberapa cepat anda mendekati objek yang dikesan di depan anda (sebuah kereta atau pejalan kaki) dan dalam satu siri progresif, memutuskan tahap keperluan untuk menggunakan brek anti-kunci untuk membantu anda menangani keadaan dengan selamat. Sistem Brek Pra-Perlanggaran Subaru EyeSight akan memberi masa kepada pemandu untuk bertindak balas dan mengelakkan perlanggaran atau mengurangkan kesannya.
Kesesakan lalu lintas juga bermaksud pengunaan berulang-ulang di antara pedal brek dan pemecut (accelerator) yang kadangkala boleh mengakibatkan pemandu menekan kedua-dua pedal pada masa yang sama. Sekiranya ia berlaku, Sistem Pengambil-alihan Brek (Brake Override System) [BOS] Subaru akan membantu pemandu mengemudi keluar dari keadaan tersebut dengan selamat, di mana ia akan memperlahankan kereta dengan mengutamakan brek. Sistem kemudiannya akan menilai reaksi pemandu untuk menentukan seberapa cepat untuk memperlahankan kereta atau untuk membolehkan pemandu menekan semula pemecut (accelerator) dan mula meningkatkan kelajuan.
Cuaca juga memainkan peranan besar dalam keselamatan terutamanya di Asia Tenggara di mana monsun adalah sebahagian daripada kehidupan. Sebagai contoh, menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosferik, Geofizikal dan Astronomikal Filipina, purata hujan tahunan di Filipina boleh melebihi empat meter. Ditambah pula dengan keadaan jalan yang tidak sempurna (The World Factbook menyatakan bahawa pada tahun 2014, lebih daripada 155,000 kilometer jalan di Filipina tidak berturap) dan anda dapat melihat mengapa sesetengah kereta memerlukan pertolongan serius untuk terus berada di jalan raya. Subaru mereka bentuk keretanya untuk mengatasi masalah ekstrem ini sebagai sebahagian daripada pemanduan harian, bermula dengan jarak dari tanah yang ditinggikan, kemampuan meredah air yang sangat baik dan sistem Pacuan Semua Roda Bersimetri (SAWD) Subaru. Berbeza daripada Sistem Pacuan Semua Roda biasa yang berjalan dalam mod 2WD pada kebanyakan masa dan hanya diaktifkan apabila daya tarikan dua roda depan hilang, sistem SAWD Subaru sentiasa dihidupkan dan terus menyalurkan kuasa enjin ke semua empat roda untuk kawalan maksimum.
Seperti yang dinyatakan oleh Pusat Penyelidikan Pew, lebih daripada 80% isi rumah di negara Thailand, Malaysia dan Vietnam memiliki motosikal di mana motosikal adalah merupakan bentuk pengangkutan utama di kebanyakan kawasan. Tetapi, jalan raya yang sesak dengan motosikal yang terlibat dalam tingkah laku menunggang secara bahaya boleh mengundang akibat yang buruk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa penunggang motosikal merangkumi 70% kematian jalan raya di Thailand manakala di Amerika Syarikat, jumlahnya adalah kurang daripada 25%.
Kemalangan antara kenderaan empat roda dan dua roda sering berlaku disebabkan kekurangan penglihatan. Kebanyakan daripada kita tahu bagaimana rasanya motosikal yang secara tiba-tiba muncul dari titik buta kita dan membelok di sekitar kita. Sistem Pengesanan Titik Buta Subaru (sebahagian daripada sistem Pengesanan Kenderaan Belakang oleh Subaru) bertujuan untuk melihat kenderaan yang ‘tidak kelihatan’ ini dengan sensor pada badan belakang yang akan mengesan objek yang anda tidak dapat lihat. Dengan memancarkan lampu di penutup cermin sisi yang relevan untuk memberi amaran kepada anda apabila motosikal atau kenderaan lain berada di titik buta anda atau berada terlalu dekat ketika menukar lorong, sistem Pengesanan Titik Buta Subaru menawarkan gambaran yang lebih jelas tentang jalan di sekitar anda serta menjadikannya lebih selamat untuk semua orang.
Sama ada jalan raya, cuaca, motosikal atau pemandu yang agresif, memandu di Asia Tenggara boleh menjadi cabaran. Mujurlah, dengan memilih kereta yang betul, ia tidak semestinya mencabar.